ARKIB : 24/08/2001
Judul: Nasionalisme: Satu
Tinjauan Sejarah
Penulis: R. Suntharalingam dan
Abdul Rahman Ismail
Penerbit: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tahun: 1985
Halaman: 260
Nasionalisme merupakan satu
fenomena sejagat, yang mengiktiraf hak setiap kaum di dunia ini untuk
menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat
serta menuntut kesetiaan rakyat kepada negara bangsa.
Dalam hal ini, bagaimana bentuk
nasionalisme kita sekarang? Buku ini mengajak kita menilai kembali ketepatan
takrif-takrif yang bertentangan mengenai nasionalisme di Asia dan Afrika.
Kita sedar bahawa keadaan
penjajahan di Asia dan Afrika telah mencetuskan pelbagai reaksi rakyat
tempatan. Sebahagian reaksi itu disebabkan oleh keinginan untuk menghidupkan
kembali warisan yang sudah luput, menjaga kesucian agama atau bangsa daripada
dinodai oleh gejala-gejala asing.
Ada juga sebahagian
nasionalisme bangkit kerana semangat mencari penyelesaian masalah ekonomi dan
sosial. Malah paling banyak nasionalisme kerana niat untuk menubuhkan negara
bangsa yang bermaruah dan setaraf dengan negara-negara maju di dunia.
Dalam konteks negara kita yang
sudah merdeka hampir 44 tahun, bilakah sebenarnya nasionalisme Melayu bermula.
Sekiranya penentangan terhadap kuasa penjajah dianggap ciri utama dan penentu
bagi nasionalisme maka kita boleh mengiktiraf nasionalisme Melayu yang sudah
wujud sejak penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511. Di kalangan sesetengah
ahli sejarah pula merumuskan nasionalisme Melayu bermula pada tahun 1930-an
iaitu sebelum merdeka.
Walaupun begitu, kesedaran
kebangsaan ini terbukti berjaya dengan kewujudan sebanyak 158 negara bangsa
yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menggelar diri mereka
negara demokrasi, negara komunis, negara sosialis dan negara Islam. - AZMAN
ANUAR
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz4bjfQiNPi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan