Jumaat, 10 Mac 2017

SEMANGAT ANAK MERDEKA

ARKIB : 27/08/2000
SEMANGAT ANAK MERDEKA...
 
PARA pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Perak, Sentul mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik pada perhimpunan sekolah, di Kuala Lumpur, semalam.

Para pelajar mengambil pendekatan mengibarkan Jalur Gemilang di sekolah-sekolah sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan negara sejak 43 tahun lalu.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini, para pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Perak Sentul, di Kuala Lumpur mengambil inisiatif menyediakan bendera negara itu.

Jalur Gemilang sepanjang 57 meter itu disiapkan dalam masa dua minggu dengan kos sebanyak RM500 hasil sumbangan pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Bendera itu akan diletakkan di rumah pangsa berhampiran dengan sekolah berkenaan sebagai tanda kebanggaan terhadap negara tercinta.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4av8biivi © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan