Sabtu, 18 Mac 2017

Tiada guna merdeka jika jiwa masih dijajah

ARKIB : 01/09/2001
KANGAR 31 Ogos - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kemerdekaan yang dinikmati sejak 44 tahun lalu tidak memberi erti sekiranya jiwa dan minda rakyat negara ini masih dijajah.

Katanya, ada segelintir rakyat negara ini yang masih taksub dan mendewa-dewakan negara bekas penjajah sebagai paksi kuasa dunia.

Malah menurutnya, pemikiran dan budaya mereka juga diukur dari kaca mata barat.

``Kadang-kadang budaya terlalu mengagung-agungkan Barat telah tiba ke suatu peringkat yang sangat berbahaya sehingga takrif demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia bersandarkan nilai-nilai dari kaca mata Barat.

``Mereka bertindak tanpa mempedulikan realiti kehidupan rakyat dan aspek keamanan serta ketenteraman negara ini,'' katanya ketika berucap sempena sambutan kemerdekaan ke-44 peringkat negeri Perlis di Padang Bandaran di sini, hari ini.

Lebih 12,000 peserta mewakili 106 kontinjen menyertai acara perarakan.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm#ixzz4bjwTVw00

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan