Sabtu, 18 Mac 2017

BISIK-BISIK -- AWANG SULUNG

ARKIB : 28/08/2001
JIKA tiada aral melintang, kita akan menyaksikan rakyat Malaysia yang pertama beraksi dalam perlumbaan F1 di Litar Monza, Itali pada 16 September akan datang. Syabas Alex Yoong!

Kejayaan beliau amat bermakna ketika negara sedang bersiap sedia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2001. Kebetulan pula 16 September adalah tarikh pembentukan Malaysia.

Kita akan menyaksikan Alex bertarung dengan topi keledar berhiaskan Jalur Gemilang. Kita mahu beliau memecut dengan semangat `Keranamu Malaysia'.

Dengan Sepang menjadi salah satu gelanggang Grand Prix F1 Dunia, lambang Petronas terpampang pada kereta F1 pasukan Sauber, dan kini seorang rakyat Malaysia turut berlumba, kita hanya memerlukan satu sahaja lagi untuk melengkapkan segalanya. Ya... kita mahu melihat sebuah kereta lumba F1 buatan Malaysia beraksi. Lebih baik jika dipandu oleh rakyat Malaysia. Dan siapa tahu suatu hari nanti pemandu kita akan naik ke pentas untuk menjulang trofi. Malaysiaku... segalanya bermula dengan impian.
Awang - Berangan-angan tambah...
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz4bjpwFsJf

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan